♥ ♥ blog atyn ♥ ♥

♥ ♥ there's nothing not prefect and wordless. life is too precious and should make it prefect ♥ ♥

Tuesday, December 20, 2011

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum. .
As you all know on Wednesday, all bloggers post photos on their blog without putting any description to explain the picture, let the pictures tell it all.





to join WW page click here and WW blog please click here..

bye ollz... 




LEAVE YOUR COMMENT AND CLICK ON MISS NUFFNANG

Monday, December 19, 2011

ADOPTED~

assalamualaikum semua.
sekarang tak tau nk buat pendahuluan macam mana untuk entry kali ni.. 
STOP! kejap! berfikir sejenak. heheh
actually entry ni nak cerita tentang three girl which almost have the same situation but its totally different k.
one is my childhood friend, the other one is my collegue fren and the other is like my adik2..situasi yang menyamakan diaorang tu sebenarnya diaorang ni adalah anak angkat but da something yg different kat sini. so awak dan awak dan awak baca jela k..

A
nama dia adalah sekian sekian (perlu ke macam tu. heheh). bagi nama samaran jela okay. Rita ni anak angkat dari kecil lagi dan kalau tak silap ibu angkat dia ni makcik dia. ibu dia tak boleh nak pregnant atas sebab sebab yang kita sendiri tak tahu (actually tak ingat sebenarnya. benda dah berbelas tahun mana ingat sangat. dah tua la katakan.)..ibu dia memang giler giler sayang kat dia. almaklum la sorang je anak..so ditatang bagai minyak yang penuh la. untung giler siapa jadi dia..kita dengan dia memang kawan dari kecil kecil cinonet lagi.biasala kan rumah kami dekat. kat tadika jumpa petang jumpa. malam je tak. takkan la nak pergi lepak rumah orang malam malam buta lak kan. ingat lagi waktu tadika or sekolah rendah kot pergi lepak rumah dia time puasa. lepak lepak tiba tiba je kitaorang boleh lak buka puasa. budak budak lagi kan time tu mana mau puasa sampai habis. puasa yanyok da la. bila dah balik je rumah terus kena marah sebab tak puasa. ni semua sebab parents Rita telefon kt rumah. huhuh. sedih wo time tu. tapi tak pe bukan kena marah sangat pun dengan parents. muda lagi! heheheh...rindu time dengan dia dulu. sekarang kitaorang tak macam sebelum sebelum ni dah. lepas je sekolah menengah semua pakat pakat sibuk sampai la sekarang. dia pun dah jadi nurse macam ibu dia. kita lak tunggu nak praktikal dan insyaallah kalau ada rezeki nak sambung lagi study dan lepas tu kahwin la pe lagi.. hahahah.. berbalik kepada cerita dia. dia ni sayang kt parent dia. nak tinggi kan suara tu memang jarang la. kalau tertinggi pn tak da la tinggi sangat. dia ni terlampau manja dengan parents dia. maybe sebab tu la parents dia senang je bagi pe yang dia nak sebab dia pun sorang yang mendengar kata.. nk melawan tu memang susah sikit la.. so kepada anda anda semua boleh la contohi dia. even dia anak angkat tapi dia still sayang parents kandung dia. ada jugak dia jumpa..ada jugak dia amik tau pasal parents dia..

B
nama bukan sebenarnya lina. kita dengan dia kenal waktu study dan dia ni merupakan ex housemate, ex coursemate dan my fren la.perkenalan kitaorang tak da la panjang sangat pn. baru berapa tahun je pun..if awak awak dan awak nak tahu kita dan dia same birthday but time je lain rasanya la. dia ni pun serupa macam Rita gak. anak angkat since kecil lagi. mama dia amik dia dekat family yang susah dan ada ramai anak. mama dia amik dia sebab mama dia tak boleh nak pregnant jugak. dah lama kahwin tapi still tak ada rezeki nak dapat anak. tapi lepas berapa tahun amik dia mama dia terus dapat anak. Allah swt bagi rezeki kat mama dia sebab bela dia..siapa siapa yang tak ada anak tu boleh la cuba amik anak angkat sebab anak ni kan ada rezeki dia masing masing. belum cuba belum tahu kan. if tak boleh nak ada anak sendiri cubalah bela anak orang lain. sekurang kurangnya kita dapat pahala lebih lebih lagi bela anak orang susah. kita dpat jugak ringankan beban diaorang tapi kita jangan la pulak jauhkan anak tu dengan real parents k. sekurang kurangnya beritahu anak tu bila dia dah besar.. berbalik kepada cerita, Lina ni beruntung sebab parents angkat dia berada dan bagi semua yang dia nak. minta kereta dapat, minta henfon baru pun dapat. kiranya apa apa jela dia boleh dapat..tapi satu je yang dia tak sepatutnya buat dimana layanan dia dekat mama dia. tak perlu nak beritahu kat sini. dulu memang dia agak teruk sikit tapi lepas dah kahwin dan anak sendiri nampak la perubahan dia. dimana dia lebih menghargai mama dia. biasa la kan bila orang dah jadi ibu baru dia tahu semua pengorbanan yang pernah mama dia buat sebelum ni walaupun bukan mama dia yang mengandungkan dia 9bulan 10 hari.. apa apa pun dia dah belajar dari kesilapan dia dan minta minta la perubahan dia kekal sampai bila bila. 

C
nama dia Ekin (bukan nama sebenar). dia ni jiran kita. budak lagi pun. baru je form 1 kalau tak silap. dulu ni baik sangat tapi sekarang ni tak tahu nak cakap.. nk kata teruk tu boleh jugak la. dia ni anak angkat since kecil macam dua di atas bezanya dia tak tahu siapa parents sebenar dia dan dia still muda dan baru nak meningkat remaja dan (dan lagi. tak boleh guna penyambung ayat yang lain lak ke. atyn atyn!!! ish3!!!) nak mengenal erti hidup serta nak enjoy zaman remaja.. kita pun sama je tengah enjoy jugak tapi tak da la sampai nak mem b**i kan parents sendiri.. berdosa tahu tak. jangan sesekali buat begitu.. even tu bukan ibu kandung or bapa kandung tapi jangan la buat sampai macam tu sekali. diaorang yang bela kita so kita kena la jaga perasaan diaorang lebih lebih kalau diaorang tak pernah sekali pun nak cubit tampar or apa apa je la.. bila dah macam ni tak da la erti nak kongkong or apa kan. if kongkong atas dasar kebaikan tak pe jugak. tak perlu nak heboh satu dunia kata parents korang kongkong atas sebab sebab tertentu. diam diam sendiri dah la.. maybe diaorang da sebab diaorang kenapa. maybe nak jadikan kita manusia yang tahu nilai nila murni dan tidak terpesong dari ajaran agama..

sekarang ni awak awak dan awak dah habis kan baca. maybe agak bosan sikit tapi kat situ da nasihat nasihat yang boleh diterima. sama ada awak awak ni anak angkat or bukan sekali pun. parents tetap parents. diaorang yang jaga kita dari kecil sampai la kebesar. jasa diaorang tu terlampau besar dan janganlah dibalas dengan tuba. hargai diaorang selagi diaorang masih hidup dan bagi yang telah kembali ke rahmatullah janganlah awak awak semua nak lupakan pulak. sedekahkan Al-fatihah kat diaorang dan moga dosa dosa mereka terampun dengan doa doa anak yang soleh. semoga mereka ditempatkan di syurga Allah dan menikmati segala nikmat di sana.. 
sekian. .

bout me~ yeah! harini terlampau jiwang lak. dengar lagu pun jiwang jiwang belaka..
ni semua gara gara dia. kenapa? why? kenapa? why? kenapa timbul semula? 
sebelum ni awak tak sudi kat kita kan. sekarang pun kita tak sudi kat awak la. sampai bila bila k..

LEAVE YOUR COMMENT AND CLICK ON MISS NUFFNANG

Thursday, November 17, 2011

S.A.H.A.B.A.T.

assalamualaikum all buddiez..
setelah lama menyepi.. wah.. lama gila kan kan kan??
bukan tak nak hupdate hupdate new story ni. just malas nk membezikan diri dengan dunia blogging ni je..
bukannya tak ada story tapi bila dah type asyik save je kan tak reti nak publish publish...
tips tips yang ada tu pun malas nak publish.. bukannya kedekut ilmu ye... ilmu ilmu ni tak best la nak kedekut kan... tak syiok meyh!!!
nanti tunggu masa yang sesuai bakal dipublish. perlu dipolish lagi bagi gempak sikit..

now nak story pasal the whole semester punya story sepanjang menyepikan diri. alhamdulillah hari rabu 16/11/11 tamat dah study dalam kos DIP. PENDIDIKAN PENGAJIAN PRA SEKOLAH.. tinggal nak pratikal sahaja. sepanjang 4 bulan semester terakhir ni banyak gila dugaan yang mematahkan semangat. dengan kekuataan daripada Allah s.w.t dan nasihat dari cik boyfie dan teman teman rapat semua akhirnya dapat gak mengharungi dugaan ni. seperti yang orang selalu cakap Allah s.w.t selalu bagi ujian untuk orang yang disayangi dan menguji kita seberapa sabarnya kita untuk ujian yang telah dia berikan.. 
"Alhamdulillah ya Allah, ujianMu dah menyedarkanku betapa kerdilnya aku dalam dunia ni.. semoga hidayahmu mencucuri hidupku! semoga aku menjadi manusia yang tabah untuk ujian dan dugaanMu akan datang..."
tidak perlulah nak sebut satu persatu dugaan yang melanda dalam hidup ni..

cuma nak memberi pesanan untuk semua:
SABAHAT? APA ERTI SAHABAT KEPADA KITA? APA GUNA SAHABAT UNTUK KEHIDUPAN KITA? KENAPA KITA MEMERLUKAN SAHABAT DAN BUKANNYA KAWAN? KAWAN? PERBEZAAN SEORANG SAHABAT DAN KAWAN?


sahabat merupakan mereka yang ingin  bersahabat dengan kita diwaktu susah dan senang. 
sahabat yang selalu ada disamping kita.
sahabat yang sentiasa mendengar setiap luahan hati kita.
sahabat merupakan keluarga kita.
sahabat merupakan orang yang bertanggungjawab memperbetulkan keadaan.
sahabt sentiasa menegur kita apabila sesuatu perkara tidak betul.
sahabat adalah orang yang kedua terpenting selepas keluarga kita.


ciri-ciri sahabat yang baik:




"Kalau kita memperhatikan cermin yang
baik dan jernih, ianya akan
memeberikan bayangan yang sesuai apa
adanya yang dicerminkan. Begitu
pula sahabat yang kita ibaratkan seperti
cermin yang baik, maka ia
akan mncerminkan bagaimana pribadi kita
yang sesungguhnya."


ciri-ciri seorang sahabat seperti cermin.
sungguh cantik permandangan yang dilihat.


ciri-ciri sahabat yang boleh dilihat berdasarkan ciri-ciri cermin:

1. Lemah lembut:
cermin tiada pernah akan berlaku kasar
dan mencela,
 tapi ia akan katakan kotoran yang
melekat pada tubuh kitadengan
lembut, sehingga denganspontan kita akan
mengadakan perbaikan.

2. Pandai menyimpan rahsia:
watak cermin takkan pernah
memperlihatkan wajah orang yang
bercermin di hari kelmarin kepada
sesiapa pun yang tengah berdiri
dihadapannya.

3. Tidak pilih kasih:
siapa saja yang berdiri dihadapannya
tidak pernah ditolaknya baik itu orang
yang cantik atau tidak, kaya atau miskin.

4. Setia setiap saat:
cermin selalu siap dipakai bila-bila
masa. Selalu setia menanti siapa yang
akan bercermin dihadapannya dan
dilakukannya dengan penuh keikhlasan.

5. Sabar dan sungguh-sungguh:
berbagai tingkah laku dan gaya orang
yang berdiri dihadapannya, hal itu
takkan pernah membuatnya protes atau marah.

6. Terus terang:
diantara sifat cermin adalah berterus
terang dengan memunculkan bentuk orang
yang bercermin,tidak pernah mengubah
bentuk wajah orang yang bercermin, jelek
menjadi cantik, atau pun sebaliknya.

Semoga kita menjadi salah satu cermin-cermin tersebut.

 Rasulullah S.A.W bersabda, diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : 
"Sesungguhnya di sekitar 'Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya, yang diatasnya terdapat suatu kaum yang menggunakan pakaian yang
bercahaya. Wajah mereka bercahaya, dan mereka itu bukan nabi atau para syuhada. Akan tetapi para nabi dan syuhada merasa tertegun dan iri kepada mereka sehingga mereka berkata: 'Yaa Rasulullah, tolong beritahu siapakah gerangan mereka itu? 'Beliau menjawab: "Mereka adalah yang saling menjalin cinta kasih kerana Allah, dan saling bermajlis kerana Allah, dan saling mengunjungi semata karena Allah."



jadilah sahabat seperti ciri-ciri di atas dan janganlah jadi sahabat yang sebaliknya. jika ingin mempertahankan sesebuah persahabatan haruslah mengikut contoh-contoh dari sahabat-sahabat Rasullah s.a.w yang sentiasa menjaga dan menghormati para-para sahabat lain.


jika kita mendapat sahabat yang tidak menjadi sahabat yang baik anggaplah ia sebagai satu dugaan dan kita sebagai sahabatnya cubalah memberi nasihat kepadanya.
setiap orang yang mempunyai sahabat tidak kira sama ada lelaki atau perempuan haruslah mengetahui tentang sahabat masing-masing dan janganlah melakukan perkara-perkara yang tidak disukai mereka. ada sesetengah kaum hawa lebih gemar bersahabat dengan kaum hawa sahaja tapi ada juga yang suka bersahabat dengan kaum adam. setiap orang mempunyai pandangan masing-masing tentang sahabat mereka. hak individu untuk memilih sahabat dan janganlah tersalah memilih sahabat kerana sahabat yang sentiasa membantu kita.

SEKIAN. . .  

LEAVE YOUR COMMENT AND CLICK ON MISS NUFFNANG