Apakah yang dimaksudkan dengan panas baran ?
Panas baran bermaksud luahan ketidakpuasan hati kanak-kanak atau tekanan yang dihadapi sehingga tidak tertanggung lalu menyebabkan kanak-kanak itu menjadi marah sehingga kadangkala menjejaskan emosi mereka seperti menjadi takut. Selalu berlaku pada kanak-kanak yang berumur 2-4 tahun dan terjadi kepada kanak-kanak laki-laki dan perempuan. Setengah kanak-kanak akan kerap mendapat panas baran dan setengahnya pula terjadi sesekali sahaja bergantung pada keadaan individu tersebut.
Apakah tanda dan gejala panas baran ?
Tindakbalas yang berlaku ialah :
- Menangis
- Menjerit
- Menendang
- Menghentak
- Menahan nafas
- Melontar benda atau barang
Apakah yang menyebabkan panas baran berlaku ?
Baran akan kelihatan apabila kanak-kanak itu
- Berasa letih, lapar atau tidak selesa
- Tidak mendapat apa yang dikehendaki
- Tidak mendapat perhatian
Bagaimana panas baran dapat ditangani ?
Ciri-ciri yang dapat membantu ialah :
- Elakkan berada dalam keadaan yang menjurus ke arah panas baran tersebut jikalau boleh. Contoh : jauhkan daripada objek yang kanak-kanak dapat capai. Cuba alih perhatian Kanak-kanak itu jika perlu.
- Perlu diingat, terutama kepada kanak-kanak, kurang perhatian ( contoh membiarkan diri dimarahi oleh ibubapa ) adalah lebih baik daripada tidak mendapat layanan .
- Memberi penghargaan pada kelakuan yang baik adalah lebih elok daripada melayan kanak-kanak ketika dia baran.
- Tenangkan diri. Panas baran kanak-kanak akan bertambah teruk jika kita sendiri berada dalam keadaan tidak tenang.
- Perlu bersikap tegas.
- Cari penyebab berlakunya baran tersebut dan cuba selesaikan secara beransur- ansur.
- Jika kanak-kanak itu mendapat baran disebabkan dia ingin memiliki sesuatu yang dia tidak dapat, biarkan dan jangan layan kehendaknya tetapi perlu diawasi supaya dia berada dalam keadaan selamat.
- Masa rehat (Time out )
Jika panas baran menjadi lebih buruk time out (masa rehat) sangat sesuai kepada kanak-kanak yang berumur lebih daripada 3 tahun. Pindahkan kanak-kanak itu dari tempat yang menjadikan dia baran dan letakkan dia di satu sudut di atas kerusi dalam jangkamasa tertentu, beri dia masa sekurang-kurangnya 1 minit untuk setiap tahun umurnya lakukan begitu sehingga dia dapat mengawal baran dan dapat tenangkan perasaannya. Beritahu dia kenapa dia perlu berbuat demikian. Bila kanak-kanak itu sudah selesai di beri masa rehat, jangan marah dia lagi, beri pujian kepadanya kerana ianya dapat menenangkan diri dan dapat mengawal dirinya sendiri.
0 comments:
Post a Comment