♥ ♥ blog atyn ♥ ♥

♥ ♥ there's nothing not prefect and wordless. life is too precious and should make it prefect ♥ ♥

Wednesday, January 11, 2012

maaf dan memaafkan


hye ho~
 first of all, maybe ada yang baca ni agak annoy dengan muzik yang ada tu kan? if korang tak suka boleh jela tekan button pause tu k. wink wink~ actually muzik yang ada tu berdasarkan mood sekarang ni. so lepas ni if tertukar tukar tu berdasarkan mood aku sekarang.. and and if korang yang dok terjah blog aku ni mesti perasan shout box aku dah tak da kan. shout box aku dah tak berfungsi lagi.. so sekarang ni aku just guna cbox yang da kt sebelah ni.. so if nak tinggalkan apa apa korang boleh la tulis kat situ je. nak tinggalkan link blog korang ke semua kat situ. nanti aku akan terjah balik. peace~

okay~ berbalik kepada tajuk entry di atas. Maaf dan memaafkan? Ada antara korang selalu kan berada di satu situasi dimana korang perlu memohon maaf and da juga yang perlu memaafkan? Semua orang pernah alami situasi ni rite? Tipu la if cakap tak pernah. aku saja buat entry ni sebab aku selalu saja berada di dalam situasi ni. Selalu situasi memohon maaf tu la. Aku nak bagi sedikit tips dimana maybe berguna la kot untuk korang semua.. But before that, we should know the meaning of apologizing.. Maaf? Sorry? Apologize? Pe maksud maaf bagi korang? Bagi aku maaf tu dimana kita dengan seikhlas hati mengakui kekhilafan kita dan menginsafi setiap apa yang telah kita lakukan dengan bertaubat serta memohon ampun daripada Allah s.w.t dan kepada orang yang telah kita sakiti. Tu juga merupakan maksud dalam islam. Jangan la kita just cakap maaf hanya di mulut sahaja. If macam tu seribu kali minta maaf pun tak apa. Bagi orang yang kena maafkan pulak korang kena seikhlas hati maafkan orang yang telah meminta maaf tu. Dengan maaf dan memaafkan tu akan menenangkan hati korang. If tak percaya korang cuba la minta maaf  dan memaafkan kepada setiap orang telah sakitkan atau menyakitkan hati korang. But kena la seikhlas hati okay. Lagi satu sebelum tidur cubalah maafkan setiap orang yang korang kenal. Mana nak tau kan kita tidur selama-lamanya kan?

Disini aku nak bagi sikit tips cara untuk memaafkan:
mula-mula pastikan buat 1 and 2 dulu lepas tu barulah yang seterusnya untuk menjadikan diri seorang yang tabah dan pemaaf.

  • Maafkan dalam hati kesalahan lama yang pernah lakukan dari dulu sampai sekarang.

If kita buat silap or salah dengan orang pastinya kita akan minta maafkan dan dia maafkan? Tenangkah anda? Legakah?  Mesti kita akan berasa tenang dan bersemangat. Oleh itu, untuk merasakan semua ini, kita haruslah menjadi seorang yang pemaaf. Mulakan dengan belajar untuk memaafkan diri sendiri atas segala kekhilafan lalu, tak kiralah kesilapan besar atau kecil sekali pun. Sebelum kita tidur cubalah dengan mengucapkan ayat ni: “aku maafkan kesalahan atau kesilapan aku dari dulu sampai sekarang, dari bayi sehingga umur sekarang sama ada kesilapan kecik ataupun besar. Sekarang pergilah semuanya jauh dari hidupku. Aku ingin memulakan hidup baru.” Lafazkan dengan nada berbisik, lakukannya dengan sepenuh hati diiringi emosi yang tenang. Keesokkannya, kita akan bangun dengan penuh semangat.

  • Terima kesalahan, kesilapan dan permasalahan lalu sebagai cara untuk tahu cara yang betul dalam usaha memperbaiki diri.

Dalam hidup kita akan sentiasa melakukan kesilapan dan daripada kesilapan tersebut kita akan tahu cara yang betul untuk diri kita sendiri sebab kita akan tahu bagaimana untuk membentuk diri menjadi orang yang lebih baik di masa akan datang. Kita haruslah meminta maaf banyak banyak kepada orang yang telah kita sakiti dan jika sebaliknya pula kita perlulah memberi kemaafan dan memaafkan diri sendiri andai kita ada menyakitkan hati sendiri. Terima hakikat yang kita telah membuat silap, lupakan dan kunci kejap di dalam hati. Elakkan penyesalan atau rasa terpukul dengan kesilapan kerana itu merupakan sikap negatif.
  • Mengampuni perbuatan. Mengampuni orang.

Untuk memaafkan seseorang itu, kita haruslah memadam setiap api kebencian terhadapnya. Memafkan perbuatan seseorang dan memaafkan orang yang yang melakukan itu sesuatu yang berbeza. Mungkin perkara ni kita tak sedar di mana kita selalu mengucapkan kata memaafkan perbuatan dia, namun jauh di sudut hati kita masih belum memaafkan orang buat salah itu. jika ada orang yang memohon maaf, kita janganlah terburu-buru untuk memaafkan dan cakap kat dia yang kita perlukan ruang dan masa untuk berfikir tentang semua ni. Jujurlah pada diri sendiri dan jangan membohongi diri dengan mengatakan everything is fine and i don’t hurt anymore. Terima bahawa kamu sedang terluka. Selepas tu barulah ambil langkah seterusnya iaitu cuba untuk memahami dia yang telah menyakiti kamu. Setiap orang tidak prefect dan tidak menginginkan untuk menyakiti orang lain. Oleh itu pilihlah untuk memaafkan dia sebab tanpa kemaafan, kita akan pergi ke satu masalah lain di mana mungkin sesuatu persahabatan tu akan terputus.
  • Bersemuka

Setelah kita merasa sedikit tenang dan bersedia, ajaklah dia untuk bersemuka dan menyelesaikan setipa apa yang terjadi. Mungkin tidak selamanya dia yang bersalah harus memberi jalan penyelesaian dengan meminta maaf. Kita sebagai orang yang disakiti tidak salah untuk memulakan perbicaraan dan jangan menunggu sehingga seseorang meminta maaf terlebih dahulu kerana tidak selamanya orang yang bersalah akan  mengucapkan kata maaf, mungkin kekadang dia tidak menyedari kesalahan yang dilakukan atau dia berasa malu atau segan untuk bertemu dengan kamu setelah apa yang dilakukan. Disinilah kita harus mengambil langkah penyelesaian dengan menghubungi dia untuk menyelesaikan setiap masalah yang berlaku antara kamu. Bersemuka merupakan satu jalan yang terbaik.
  • Mengambil hal-hal perlahan-lahan

Ini memberi maksud untuk memikirkan sebaik-baiknya untuk memberikan kata memaafkan. Ibarat sperti mengupas lapisan pada bawang, tiap kali mengupasnya akan memberikan rasa pedih, marah tetapi tetap juga terus mengupas. Ini sama sahaja seperti memberikan kata kemaafan walaupun perit untuk diucapkan namun kita harus juga mengatakan dan terus mengikis rasa benci dan amarah. Namun apabilan perasaan tersebut dapat dikikis kita akan merasa lebih tenang dan perkara akan menjadi lebih mudah.

itu sahaja. tunggulah sambungan tips ni. lepasni cara untuk korang nk minta maaf dekat seseorang. hope u all dapatla sedikit info tentang ni..
bye ho~
wassalam....


tips hari ni: jodoh pertemuan semua kehendak Allah s.w.t. sebagai hawa kita haruslah menanti sehingga adam datang kemari. kerana walaubagaimana jauh si adam pergi ia akan tetap kembali kepada hawa. bersabarlah wahai sang hawa~

LEAVE YOUR COMMENT AND CLICK ON MISS NUFFNANG

0 comments:

Post a Comment